Explore

Video courses, live trainings and consultations from trainers in Malaysia.

7 video courses

Generative AI & LLMs
0.0(0 reviews)

AI For Workplace Skill & Smart Automation

Explore the Latest AI Features, Tools & Intelligent Workflows Tingkatkan Produktiviti Kerja, Kuasai AI & Automasi Tugasan Harian! Program AI Workplace Skills & Smart Automation merupakan latihan intensif selama satu hari yang direka untuk membantu penjawat awam, profesional, eksekutif dan kakitangan organisasi menguasai penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam tugasan harian. Melalui pendekatan 100% berorientasikan latihan praktikal (hands-on), peserta akan meneroka keupayaan AI seperti ChatGPT, Claude, Gemini dan pelbagai aplikasi AI lain untuk mempercepatkan tugasan, meningkatkan kualiti kerja, menganalisis data serta membangunkan aliran kerja pintar. Program ini bukan sekadar memperkenalkan teknologi AI, malah membimbing peserta mengintegrasikan AI dalam proses kerja sebenar secara lebih cekap, selamat dan bertanggungjawab. Apa yang Akan Dipelajari? Modul 1: Latest AI Features & Smart Prompt Engineering Meneroka perkembangan AI terkini, menggunakan ChatGPT, Claude dan Gemini serta menguasai teknik Prompt & Context Engineering untuk menghasilkan respons AI yang lebih tepat dan berkualiti. Modul 2: AI-Powered Workplace Productivity & Intelligent Assistants Menggunakan AI untuk menyediakan e-mel profesional, surat rasmi, memo, minit mesyuarat, ringkasan perbincangan dan pengurusan tugasan. Peserta turut meneroka penggunaan AI Assistants bagi menyokong produktiviti harian. Modul 3: Advanced AI for Documents, Reports & Creative Presentations Menghasilkan laporan, kertas cadangan, dokumen berstruktur dan pembentangan profesional dengan bantuan AI. Peserta juga mempelajari kaedah menganalisis, merumuskan dan menambah baik dokumen. Modul 4: AI for Data Analytics, Visualization & Smart Decision-Making Menganalisis data Excel dan CSV, mengenal pasti trend serta pola, membangunkan visualisasi dan menyediakan laporan analitik untuk membantu proses membuat keputusan. Modul 5: Smart Automation, Intelligent Workflows & AI Capstone Project Meneroka AI Automation, AI Agents dan intelligent workflows untuk mengurangkan tugasan berulang. Peserta akan membangunkan satu AI-Powered Workplace Mini Project berdasarkan situasi kerja sebenar.

Siti Allyssya Mohamed Rizal3 h 51 min8 modules47 learnersMYR 10.00Share it and earn 20% (MYR 2.00) per sale when someone buys through your link
AI for Kids
0.0(0 reviews)

AI Smart Learning & Future Skills (Kemahiran AI & Pembelajaran Pintar utk Pelajar Sekolah Menengah)

Penerokaan AI, Pembelajaran Pintar & Pembangunan Video serta Permainan Interaktif Program AI Smart Learning & Future Skills direka khas untuk pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun bagi memperkenalkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) dalam pembelajaran, penyelidikan, kreativiti digital dan pembangunan projek inovatif. Melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal (hands-on), peserta akan mempelajari asas AI dan pelbagai model AI, menghasilkan video pembelajaran kreatif, membangunkan permainan pendidikan interaktif (educational games) serta menggunakan AI sebagai pembantu pembelajaran harian. Program ini memberi penekanan kepada empat komponen utama, iaitu: Memahami AI & Pelbagai Model AI – Mengenali konsep asas kecerdasan buatan, memahami fungsi dan perbezaan pelbagai model AI serta meneroka aplikasi AI dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Pembinaan Video Pembelajaran – Menghasilkan skrip, storyboard dan video kreatif menggunakan AI, termasuk narasi, avatar serta ilustrasi digital. Pembangunan Game Pembelajaran Interaktif – Mereka bentuk dan membangunkan permainan pendidikan menggunakan AI melalui pendekatan No-Code dan Low-Code. Pembelajaran Pintar Menggunakan Google Notebook – Menggunakan Google Notebook sebagai pembantu pembelajaran berasaskan AI untuk memahami nota dan bahan rujukan, menghasilkan ringkasan, membina soalan kuiz, menyediakan panduan ulang kaji serta membantu persediaan menghadapi peperiksaan.

Siti Allyssya Mohamed Rizal3 h 4 min5 modules2 learnersMYR 59.00