star0.0(0 reviews)AI Smart Learning & Future Skills (Kemahiran AI & Pembelajaran Pintar utk Pelajar Sekolah Menengah)
Penerokaan AI, Pembelajaran Pintar & Pembangunan Video serta Permainan Interaktif Program AI Smart Learning & Future Skills direka khas untuk pelajar sekolah menengah berumur 13 hingga 17 tahun bagi memperkenalkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) dalam pembelajaran, penyelidikan, kreativiti digital dan pembangunan projek inovatif. Melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal (hands-on), peserta akan mempelajari asas AI dan pelbagai model AI, menghasilkan video pembelajaran kreatif, membangunkan permainan pendidikan interaktif (educational games) serta menggunakan AI sebagai pembantu pembelajaran harian. Program ini memberi penekanan kepada empat komponen utama, iaitu: Memahami AI & Pelbagai Model AI – Mengenali konsep asas kecerdasan buatan, memahami fungsi dan perbezaan pelbagai model AI serta meneroka aplikasi AI dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Pembinaan Video Pembelajaran – Menghasilkan skrip, storyboard dan video kreatif menggunakan AI, termasuk narasi, avatar serta ilustrasi digital. Pembangunan Game Pembelajaran Interaktif – Mereka bentuk dan membangunkan permainan pendidikan menggunakan AI melalui pendekatan No-Code dan Low-Code. Pembelajaran Pintar Menggunakan Google Notebook – Menggunakan Google Notebook sebagai pembantu pembelajaran berasaskan AI untuk memahami nota dan bahan rujukan, menghasilkan ringkasan, membina soalan kuiz, menyediakan panduan ulang kaji serta membantu persediaan menghadapi peperiksaan.
SASiti Allyssya Mohamed Rizalschedule3 h 4 minview_module5 modulesgroup2 learnersarrow_forward